06 January 2010

5 hari lagi



Antara program wajib tonton buat HPB. Apa lagi kalau bukan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) yang telah pun mencapai edisi ke – 24.


Sure semua dah tau finalist bagi AJL24 kan ? ( lain lah kalau anda masih tinggal zaman paleolitik ) .


Macam – macam reaksi HPB dengar dari orang pasal finalist yang akan bertanding 10hb ini. Semua orang pun ada favourite masing – masing.


So, HPB pun nak komen juga sikit pasal finalist AJL tahun ni..boleh?




Aurora – Estranged : Bagi HPB lagu Aurora ni tidak lah sekuat lagu Itu Kamu yang menang AJL22


Tak mungkin kerana sayang – Alyah : urmm..boleh lah. Lain dari yang lain.


Cinta adam & hawa – Misha Omar : antara top 5 favourite HPB. Lirik kuat. Boleh


menang vokal.


Masih jelas – Hafiz : HPB lagi comel dari Hafiz ( motif?.... )


Situasi – Bunkface : banyak yang cakap Bunkface bakal juara AJL24. Tapi bukan masuk top 5 HPB.


Pakai buang – Stacy : lagu biasa, tapi pasal Stacy yang nyanyi jadi best. Boleh lah


masuk top 5 HPB. Kenapa bah? Kenapa bah?


Pergi – Aizat : ok, this is my song. Minat sangat. Melodi mellow. Lirik agak kuat. Top 5 HPB


Aku skandal – Hujan : unik. Top 5 HPB. ( tiba - tiba ingat skandal..ahaha )


Bencinta – Faizal Tahir : sikit lagi masuk top 5 HPB. Antara lagu yang agak kuat. Boleh challange Misha untuk vokal terbaik.


Aku rindu sayang kamu – Black : masuk top 5 HPB. I just like it.


Bengang – Akim : ok tapi belum cukup kuat untuk challange lagu lain.


Dan sebenarnya – yuna : ini pun sikit lagi masuk top 5 HPB. Lagu ada identiti sendiri.


Kau aku – Aizat : just ok.


Rindu terhenti – Tomok : lirik ok. Vokal sedarhana.




Kita tengok siapa yang kena ? hehehe

No comments: