06 January 2010

burung 0h burung....


Burung apa? hakhak..mesti korang yang otak kuning dah fikir bukan - bukan kan? Bukan macam HPB yang sentiasa berfikiran positif...hakhak..

ok ingat lagi dalam post ewww..baunya? yang HPB kena approach ?

Abang tu adalah bagi teka -teki pasal burung..so, ini dia teka teki tu :


Seorang tua mempunyai dua ekor burung kakak tua ataupun orang kampung HPB panggil parrot..yang satu ekor tu bisu dan yang satu lagi tu pandai sangat nyanyi.

Alkisahnya orang tua tu nak jual lah kedua - dua ekor burung tu. Tapi yang bisu tu lebih mahal daripada yang pandai sangat nyanyi macam HPB.

Tapi kenapa yang bisu tu lebih mahal dari yang pandai nyanyi tu?


Jawapan : sebab yang bisu tu komposer, mestilah lebih mahal dari artis. hahaha?


HPB terhibur lah juga. Atleast tak bosan dalam kapal.kan?

5 hari lagi



Antara program wajib tonton buat HPB. Apa lagi kalau bukan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) yang telah pun mencapai edisi ke – 24.


Sure semua dah tau finalist bagi AJL24 kan ? ( lain lah kalau anda masih tinggal zaman paleolitik ) .


Macam – macam reaksi HPB dengar dari orang pasal finalist yang akan bertanding 10hb ini. Semua orang pun ada favourite masing – masing.


So, HPB pun nak komen juga sikit pasal finalist AJL tahun ni..boleh?




Aurora – Estranged : Bagi HPB lagu Aurora ni tidak lah sekuat lagu Itu Kamu yang menang AJL22


Tak mungkin kerana sayang – Alyah : urmm..boleh lah. Lain dari yang lain.


Cinta adam & hawa – Misha Omar : antara top 5 favourite HPB. Lirik kuat. Boleh


menang vokal.


Masih jelas – Hafiz : HPB lagi comel dari Hafiz ( motif?.... )


Situasi – Bunkface : banyak yang cakap Bunkface bakal juara AJL24. Tapi bukan masuk top 5 HPB.


Pakai buang – Stacy : lagu biasa, tapi pasal Stacy yang nyanyi jadi best. Boleh lah


masuk top 5 HPB. Kenapa bah? Kenapa bah?


Pergi – Aizat : ok, this is my song. Minat sangat. Melodi mellow. Lirik agak kuat. Top 5 HPB


Aku skandal – Hujan : unik. Top 5 HPB. ( tiba - tiba ingat skandal..ahaha )


Bencinta – Faizal Tahir : sikit lagi masuk top 5 HPB. Antara lagu yang agak kuat. Boleh challange Misha untuk vokal terbaik.


Aku rindu sayang kamu – Black : masuk top 5 HPB. I just like it.


Bengang – Akim : ok tapi belum cukup kuat untuk challange lagu lain.


Dan sebenarnya – yuna : ini pun sikit lagi masuk top 5 HPB. Lagu ada identiti sendiri.


Kau aku – Aizat : just ok.


Rindu terhenti – Tomok : lirik ok. Vokal sedarhana.




Kita tengok siapa yang kena ? hehehe

American Idol 9


Dari season 1 sampai lah season 8, dari Kelly Clarkson sampai lah Kris Allen, dari Paula Abdul sampai lah yang season 9 ni ganti Victoria Bechkam, HPB memang tak pernah miss pun.

Kira dari sekolah menengah sampai lah dah nak kerja masih setia dengan American Idol ( HPB memang seorang yang setia..motif? ).


Tak lengkap 1 tahun tu kalau tak ada American Idol.


So, HPB sangat teruja kerana petang ni season 9 dah mula.


Jangan lupa jam 6pm dan ulangan jam 8pm di saluran astro 711.


arghhh...teruja..teruja!

05 January 2010

ewwww..baunya!


Kulit putih. Hidung mancung. Muka hensem. Pakai baju memang uptodate.

Pendek kata bak kata KDL, macam nak gigit terus dekat tempat kejadian.

Tapi bila saja buka mulut, ya ampun, baunya tahap...huh.

Macam itu lah yang jadi kat HPB waktu dalam flight balik sabah.

Biar pun rasa bangga sebab di approach
( masih bangga biar pun selalu berlaku...hahahaha ), tapi HPB rasa terus tak ada mood. Totally a turn down for me. ( tapi tetap ambil no hp ) hahaha..


Apa sebab mulut berbau busuk?
Secara ringkasnya, mulut akan menghasilkan plak. Plak boleh dibersihkan dengan memberus gigi. Tetapi mudah terkumpul bila kaedah higin mulut tidak dilaksanakan dengan baik.
Plak yang terkumpul boleh menjadi kalkulus dan akan menyebabkan iritasi kepada gusi dan menyebabkan GINGIVITIS yang bermaksud keradangan gusi.
GINGIVITIS adalah berbeza mengikut peringkat keterukannya.


Macam mana anda nak tahu yang anda mengalami GINGIVITIS? ( antaranya )
a. Gusi anda membengkak
b. Gusi berdarah bila meberus gigi
c. Mulut anda berbau...


Penyakit GINGIVITIS jika tidak dirawat akan membawa kepada penyakit PERIODONTIUM.
So, macam mana nak rawat GINGIVITS?
Pergi lah mana-mana dental clinic, dentist akan cuci gigi / scaling gigi anda.
Bila dah dirawat, jangan pula masih tak jaga higin mulut. So, start guna floss, kalau anda belum pernah guna floss dan berus gigi dengan kaedah yang betul.
Sure confident kalau nak approach orang lepas ni kan?

03 January 2010

latest snap snap HPB

HPB kawin...matilah? hahahaha

bunga...urmm?
miaw..


lagi lah tak tahu bunga apa?



single mingle

Single, solo, bujang, semuanya membawa erti yang sama sahaja. Orang cakap kalau single ni mesti sunyi dan tak best lah kan.
Memang lah kalau nampak orang lain yang ada couple, mesti rasa tertekan sebab belum jumpa yang “satu” kan..
tapi bagi HPB time single ini lah masa yang paling best dalam hidup ini
( itu pun kalau anda berfikiran positif, ok )..sebab menjadi single bukan bermakna anda akan menjadi sunyi dan worthless. Masa ini lah kita paling bebas nak buat apa pun, sebab belum terikat dengan sesorang. So, HPB ada list kenapa kita perlu happy bila single :

Masa untuk diri
HPB nak beli barang mahal, stay out until 3am, then sleep until afternoon, lepas tu tengok blue, then keluar lagi..masa ini lah HPB nak buat semua itu, kita bebas nak buat keputusan tentang kemahuan dan keinginan kita. Tak ada orang yang nak bising sebab duit kita habis membazir dan tak ada orang yang nak call kita sebab jam 3am belum balik. It’s up to you. Jangan ingat bila kita single, hidup kita pun bosan...

Masa untuk berubah
Masa single ialah masa yang terbaik untuk kita berubah, sebab tak ada halangan daripada sesiapa. Nak tukar stail berpakaian, nak tukar personaliti, nak tukar warna rambut atau nak tukar jantina ke..tukar lah..sebab bila kita dah couple, mesti susah couple kita nak terima perubahan kita. Nanti tak pasal-pasal couple nak break sebab kita berubah..

Masa untuk relax
Bila HPB ingat balik time couple dulu, rasanya hari-hari tertekan. Tiap hari mesti ada gaduh, tak suka ini lah, tak puas hati lah...urmm..lagi lah kalau couple anda jelous nya tahap dewa, rasa macam nak makan ubat tidur saja. Tapi bila single ni, rasa relax saja, tak ada tense langsung..
Masa untuk skandal
Kalau ada couple, nak cari skandal pun tak bebas kan, konon-konon jadi takut lah.. tapi bila dah single..hah! Anda cari lah skandal tahap alam semesta, tak ada yang kesah, tak ada yang peduli..hahaha
Kesimpulan
nya, bagi yang single tu sila email no phone kat HPB..aikk..haha silap ok..so, bagi yang
p/s : HPB single sebab jual mahal! ( menyesal..hahaha )