30 December 2009

selamat tinggal 2009!


Pejam celik, bangun makan, tak sedar satu hari lagi dah masuk tahun baru 2010! HPB betul-betul tak sedar masa berlalu begitu cepat. Mungkin juga terlalu sibuk dengan tahun akhir..

Urmmm..kalau rewind masa semula, macam banyak saja HPB belum buat..Perancangan untuk tahun 2009 masih banyak yang belum selesai, biasa lah HPB juga manusia biasa yang suka berskandal..hahaha ( ada ker? ). HPB terpaksa bawa perancangan 2009 ke tahun 2010..tambah dengan perancangan tahun 2010..mati lah..

Tahun 2009 bagi HPB memang sibuk, banyak kerja, tapi hanya tahun yang biasa-biasa sahaja. tak ada yang menarik, tapi tak terasa sangat dengan kegawatan ekonomi.

Azam untuk tahun 2010?

a. Nak kurangkan lagi berat badan!

b. Sambung study.

c. Tak mau skandal lagi..hahaha

d. I want to treat people more nicely.

e. Read more book!

Walaupun orang selalu cakap azam tahun lalu pun belum buat, tapi bagi HPB,

sekurang-kurangnya kita ada azam kan...ada matlamat...


SELAMAT DATANG TAHUN 2010!

26 December 2009

Balik sabah



Hari ni, 26.12.09 , HPB terbang balik sabah. Itu pun nasib baik dapat tiket, huh...yang pasti HPB pasti merindui banyak perkara di Penang. Yup terutama makanan..ok..ok..skandal juga..hahaha.
Next year, datang lagi untuk konvo..Kali ini HPB naik Air Asia, so tak ada transit dekat KLIA, terus saja ke sabah.
Selamat tinggal Penang!

16 December 2009

Result


Tengah-tengah makan waktu tea break, tiba-tiba dari cafe HPB dengar orang bising menjerit-jerit. Tapi HPb tak peduli pun ( sebab tengah syok makan cucur..urmmm sedap! )

Then, tiba-tiba kawan HPB tercungap-cungap sambil nangis ( perempuan,ok! ), waktu tu HPB hairan..kawan HPB tu pun buatlah pengumuman " result dah kuar! " .
Terus HPB lari ( tak sempat habis makan cucur ), sampai tempat papan kenyataan tu, memang berasak-asak, huh!
Tengok bahagian huruf H, yes! Lulus juga!
syukur...tinggal tunggu tempat posting
lagi..urmm rasa-rasanya di mana?

Taman Negara Pulau Pinang

Salah satu aktiviti sepanjang kursus induksi ialah jungle trecking dekat Taman Negara Pulau Pinang. Start daki bukit sampai lah turun dekat Pantai Kerachut.Best sebab boleh cuci mata banyak benda. Siapa yang nak cuti-cuti to bolehlah datang sini.. So, here is some pic yang HPB snap snap..


















12 December 2009

Habis induksi..



fuhhh....baru saja habis induksi selama 9 hari..penat memang penat sangat..kena rush sana, rush sini. Balik bilik terus tidur. Nak tulis blog pun memang tak larat ( sorry lama tak update ). Pagi-pagi dah kena bangun untuk senaman pagi. Lepas tu, 1 hari dengar ceramah. Malam dengan tugasan kumpulan dan individu. Macam tak cukup nafas. Rehat balik bilik just untuk mandi dan makan. Anyway, memang banyak sangat yang HPB belajar sepanjang kursus induksi ni. Yang tak rapat dengan HPB, boleh jadi rapat. Yang tak pernah cakap dengan HPB, dah cakap dengan HPB. Yang rapat of corse tambah rapat. Biar jadual sangat "pack", it was fun and i enjoy myself.








p/s : looking foward for BTN ( 16 - 20hb 2009 )

03 December 2009

Bulan sibuk

Bulan Disember tahun ni paling busy sebab final semester. Bulan ni juga, HPB kena ikut dua kursus iaitu Induksi dan BTN.

Start tomorrow ( 3hb ), induksi dah mula sampailah 11hb. Belum mula lagi, HPB dah rasa penat.



So,untuk pembaca blog HPB ( ada ke? ), mungkin post HPB pendek-pendek saja bulan ni. Tapi rasa-rasa macam semua post sebelum ni pun pendek saja kan...hehehe






p/s : selamat berkursus!

Happy World AIDS Day


Rasa-rasanya semua tahu apa itu AIDS kan? Penyakit yang menyerang sistem imunisasi manusia disebabkan oleh HIV. Penularan berlaku apabila mukus membran atau salur darah terdedah kepada bendalir badan seperti darah, sperma dan cecair vagina yang telah dijangkiti HIV. And off corse, there is still no cure for AIDS.

Walaupun menggunakan pelindung, terdapat masih risiko dijangkiti oleh HIV. So, kenali dan pilih pasangan anda. Jangan dah kena baru nak menyesal.

Satay



Masa cuti hari raya Adiladha lepas, sempat pergi makan kat Satay Kajang Haji Samuri. Makan satay ayam dengan satay perut.
Suka sangat dengan kuah satay HAJI Samuri ni. Boleh campur dengan sambal lagi. Memang lain dari kuah satay yang lain. Sedap!
Memang kenyang sangat HPB dengan kawan HPB malam tu.



02 December 2009

Pertama kali menonggeng



Sebagai seorang manusia yang " kurang" sempurna, HPB punya banyak perkara yang belum dicuba, tak kira lah tak berani cuba atau pun memang tak ada peluang..
so, antara perkara yang HPB tak pernah try :

1. 3-some atau lebih ( peluang yang sentiasa ada, tapi tak berminat..hahaha )
2. bungee jumping
3. sky diving
4. naik motor ( hah? )
5. mati ( off corse, banyak orang belum cuba )
6. dan lain-lain lagi..ok.. ( lupa dah )

Dan sebagai seorang manusia yang punya keinginan untuk mencuba, HPB dah buat list nombor 4 tu waktu cuti raya Adiladha baru-baru ni.
Rasa nervous bangat, sepanjang perjalanan dari Pudu ke Damansara. Memang kawan HPB dah bawa slow sangat, tapi HPB rasa macam laju sangat...hahahaha.
Yeah! another checklist done!


p/s : ada siapa yang nak bawa HPB menonggeng?